
|
The Intro
![]() My Tagboard
![]() Credits!
![]() ![]()
| Jangan menyerah supaya cinta sempurna itu kekal sebagai anugerah Monday, 28 January 2013 • Permalink • Add comment {0}
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Selama ini hati dan akal sentiasa berfikir satu hubungan cinta yang sempurna bermaksud dua insan berkongsi rasa yang sama . Sesekali terlintas mungkin mereka bercinta kerana saling terpesona . Bukan kerana rupa atau harta, tapi mungkin kerana budi pekerti dan ketaatan pada agama . Cinta juga mungkin ada bila salah seorangnya sanggup bersusah supaya yang seorang lagi gembira dan begitu juga sebaliknya .
Jika ditanya kepada sepuluh manusia maka akan ada sepuluh jawapan berbeza tentang cinta yang sempurna . Pasti juga akan ada yang tidak percaya .
Cinta yang sempurna terjadi bila sepasang kekasih tidak putus asa sesama mereka . Bila yang seorang merasakan hubungan mereka hampir ke penghujung , yang seorang lagi akan berusaha gigih mengekalkan hubungan yang ada . Dan yang seorang tadi akan semakin cinta bila dia nampak pengorbanan yang dilakukan oleh kekasihnya .
![]()
Pernah aku mengharapkan cinta sempurna daripada seseorang pada satu masa dulu . Dan pada masa itu ada seseorang mengharapkan cinta sempurna daripada aku . Dan di penghujungnya, hanya jalan buntu . Aku gagal mendapatkan walaupun salah satu dari itu .
Aku masih gagal mencari erti cinta sempurna yang sebenarnya . Mungkin memang tiada . Bila terdetik sedemikian rupa , akan ada suara-suara ghaib menghalang diri ini dari berputus asa .
Terima kasih sudi singgah blog si sepet :*
|